ruzita's FotoPage

By: ruzita awaludin

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[Archive]
Thursday, 29-May-2008 14:13 Email | Share | | Bookmark
Terbaru di Pasaran!

SELAGI ADA DIA
SELAGI ADA DIA - AISYA SOFEA

PERTEMUAN tanpa dirancang telah membuka pintu hati Arianni untuk mengenal erti cinta. Apatah lagi, lelaki itu berjanji menjadikan dia sebahagian hidupnya, berjanji bahawa segalanya mampu ditangani dan berjanji akan mempertahankan cinta mereka.

Harga: RM19.90
Berat: 450gm
512 m/s

Warna Hati- Meen Zulaikha



SUATU ketika dahulu, luahan rasa cintanya pernah dipersenda. Madah rindu dan puisi syahdunya buat Jefri menjadi ejekan teman-teman sekolah. Zara Lisa, malu tidak terkata. Sejak saat itu, nama Jefri terus dikikis daripada ingatannya. Bertahun dia memegang prinsip; bercinta bermakna membiarkan diri terluka dan kecewa.

Harga: RM19.90
512 m/s
Berat:500 gm

Aduhai Suami -Muhammad Mat Yakim



Aduhai Suami adalah himpunan rencana pilihan mengenai rencah kehidupan seharian kaum Adam. Perihal telatah mereka dalam melayari bahtera rumah tangga dirungkai dalam pelbagai ragam dan kisah-kisah realiti yang mencuit hati. Di sebalik kerenah, perilaku pelik serta keegoaan si suami, adakalanya gelagat mereka memang sukar diduga. Sukarkah memahami mereka?

Harga : RM13
222 m/s
Berat :


Pelangi Membeku - HM Tuah Iskandar



WALAUPUN lahirnya di ceruk kampung dan tidak berpelajaran, Marfuzah sentiasa mengimpikan kehidupan yang sempurna. Dia sering berangan-angan ingin menjadi puteri yang dilamar oleh putera raja. Namun, realiti kadangkala tidak seindah impian.

Harga: RM19.90
504 m/s
Berat : 450gm


Melukis Kartun Cara Gayour - Kartunis Gayour



Buku Melukis Kartun Cara Gayour memuatkan panduan melukis kartun secara langkah demi langkah dalam menghasilkan sesebuah cerita kartun. Buku ini juga menumpukan pada penciptaan karakter kartun dan perkara-perkara asas yang berkaitan. Anda turut didedahkan teknik melukis rupa paras sama ada lelaki mahupun perempuan, daripada kanak-kanak sehingga orang tua, kepelbagaian wajah, bentuk badan, mimik muka sehinggalah pada pergerakan karakter. Bukan itu sahaja, penggunaan peralatan melukis sesuai turut diperkenalkan sebelum memulakan sebarang kerja melukis kartun.

Harga : RM15
144 m/s



Thursday, 29-May-2008 14:03 Email | Share | | Bookmark
Ternyata Cinta- Damya Hanna



PENGALAMAN mengajar erti kedewasaan. Begitulah ibarat hidup Qasdina, tonggak harapan keluarganya. Dalam meniti usia remaja, dia bagaimanapun tidak dapat menolak hakikat yang dia juga punya cita-cita untuk digapai. Namun, demi adik-adik yang masih bersekolah dan ayah yang dibebani hutang, impian itu terpaksa dilupakan buat sementara waktu. Dia sebaliknya kini punya misi yang tersendiri! Memburu lelaki kaya!

Harga : RM19.90
Berat : 450gm
544 m/s



[Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net